Skip to main content

PERSONAL TRAINER ONLINE OFFLINE DI PASIR GUDANG DAN SEKITAR JOHOR BAHRU

Assalamualaikum,

Hi,

Hari ini abang nak lancarkan blog abang sendiri. 
Abang bagi nama COACH ABANG KETAQ.

Nama ni abang pilih sebab belum ada lagi personal trainer lain yang guna nama ni. Yeahaa
Nama ni juga adalah nama yang diberikan oleh geng-geng sebuah program kesihatan.

Sebelum tu bagi abang perkenalkan siapa abang dulu.

Nama sebenar abang Mohd Hanafi, orang juga kenali abang dengan pelbagai nama iaitu:

"Botaq" ni orang kat gym yang panggil. Kalau korang datang gym 7days, cer cari botaq, mesti punya orang kenal abang.

"Hann" member yang main bowling sama-sama dulu panggil.

"Coach Abang Ketaq" atau "Coach" client aku panggil.

Kalau isteri panggil, tak yah tulis kat sini lah yek, ok.
Ok, korang dah kenal abang kan. Sekarang abang nak sembang tentang passion abang.

Abang adalah sorang personal trainer untuk menguruskan berat badan client, tak kisah la dari gemuk bam-bam nak kurus selim melim ke, dari kurus nipis nak body solid ke, atau nak maintain berat badan serta jadi lebih firm dan solid ini unuk perempuan la, kalau lelaki abang bagi training untuk sado pun boleh.

Abang ada handle 1 program menguruskan berat badan iaitu SIHAT WAJIB KURUS. Peserta lelaki & perempuan yang datang dari pelbagai latar belakang negeri, kemahiran & kerjaya. Semua mereka berkerjasama, saling bantu membantu secara berjemaah dalam group telegram untuk mencapai target masing-masing.

Dalam program ini, kita akan nikmati keseronokkan makan makanan yang sihat berkhasiat dengan cara yang betul sebanyak 6 kali sehari. Pemakanan setiap individu adalah berbeza mengikut keperluan kalori masing-masing. Ini kita akan berikan borang daftar kalori untuk peserta isi sebagai panduan. 

Peserta juga akan mengalami pengalaman rutin senaman 5 kali seminggu dengan tempoh 1 jam setiap hari. Namun impak yang akan peserta alami memang awesome. Abang akan update post dari masa ke semasa. Pasti korang pun teruja.

Peserta juga berpeluang melayan selera masing-masing pada maintenance day yang akan ditetapkan. Namun kalori tetap diambilkira pada hari maintenance itu untuk memastikan peserta tidak tersasar jauh ke laut dalam. Hehehe...

Abang juga ada buat training kat gym 7day fitness kat Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Johor. So bagi yang buat PT dengan abang, memang akan layan workout kat sana. 

Kadang-kadang abang akan naik ke Kuala Lumpur untuk handle training bersama peserta di gym Hotel Concorde Shah Alam Selangor. Ini kena set date la baru kita boleh kumpul training beramai-ramai.

Untuk PT dengan abang kita boleh jumpa & sembang untuk tetapkan target, penerangan tentang rutin pemakanan, jadual waktu training & letak harga service. Bila kita capai win-win situation, kita on terus, abang tak sabar dek nak tolong korang ni. Kita sama-sama tolong capai sasaran korang yang penuh bermakna tu.

Ok, serba sedikit tentang diri & tugas abang sebagai coach atau personal trainer.
Korang boleh contact abang di nombor 019-7982112 melalui call, telegram, whatsapp & SMS. Inshaa Allah abang sedia berkhidmat.

Wassalam,



Korang boleh share post ni untuk manfaat orang lain juga.

Comments

Popular posts from this blog

SEMINAR NOW EVERYONE CAN KURUS | THROWBACK

THROWBACK - SEMINAR NECK JULUNG KALINYA NECK adalah singkatan program Now Everyone Can Kurus. Hari ini buat julung kalinya Seminar NECK diadakan di Bandar Baru Selayang.... NECK yang baru berusia 14 hari, pun ada seminar... Cakap kat orang sebelah, hebat ke hebat??? Kami dari Pasir Gudang pun turun padang untuk berkongsi pengalaman #abangketaq selaku #coach program ini. Sesi bertukar ilmu bersama penganjur program iaitu Empayar Maria Firdaus. Di sini la penjelasan tentang apa itu BMI, BMR, DCR & defisit kalori untuk semua peserta NECK. Para peserta juga berkongsi keseronokan & perubahan mereka selama 14 hari menyertai program ini. Tempoh berbaki 86 hari lagi untuk para peserta menjahamankan lemak-lemak tepu & degil yang diternak selama ini. Supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat & kurus sebagai BONUS!!! Lihatlah kegembiraan di wajah para peserta program Now Everyone Can Kurus yang berjaya menurunkan berat badan masing-masing. Teng...

SQUAT WITH SMITH MACHINE FOR LADIES

Minggu ni kita train pagi plak yek. Jom layan squat with smith machine.  Don't wait until you've reached your goal to be proud of yourself. Be proud of every step you take toward reaching that goal. 10 KEBAIKAN SENAMAN SQUAT    1) Mencantikkan peha  2) Mencantikkan pinggul  3) Melancarkan peredaran darah  4) Menguatkan otot bahagian belakang badan  5) Membaiki postur badan  6) Memampatkan tulang dan mencegah osteoporosis  7) Mudah dilakukan di mana-mana  8) Tidak memerlukan apa-apa peralatan (kecuali dumbbell untuk dropset)  9) Sangat selamat dan tidak memberi impak buruk pada badan  10) Mudah dilakukan tidak sebagaimana yang difikirkan  Okay selamat mencuba. Abang chaw dulu, nanti kita jumpa lagi. Bye. Salam Sihat Wajib Kurus,   019.798.2112 nombor untuk korang roger-roger. Kalau korang nak share entri ni, silakan jangan malu-malu, abang okay jek...