Skip to main content

SEMINAR NOW EVERYONE CAN KURUS | THROWBACK

THROWBACK - SEMINAR NECK JULUNG KALINYA

NECK adalah singkatan program Now Everyone Can Kurus.
Hari ini buat julung kalinya Seminar NECK diadakan di Bandar Baru Selayang....

NECK yang baru berusia 14 hari, pun ada seminar...
Cakap kat orang sebelah, hebat ke hebat???

Kami dari Pasir Gudang pun turun padang untuk berkongsi pengalaman #abangketaq selaku #coach program ini.

Sesi bertukar ilmu bersama penganjur program iaitu Empayar Maria Firdaus. Di sini la penjelasan tentang apa itu BMI, BMR, DCR & defisit kalori untuk semua peserta NECK.

Para peserta juga berkongsi keseronokan & perubahan mereka selama 14 hari menyertai program ini. Tempoh berbaki 86 hari lagi untuk para peserta menjahamankan lemak-lemak tepu & degil yang diternak selama ini. Supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat & kurus sebagai BONUS!!!

Lihatlah kegembiraan di wajah para peserta program Now Everyone Can Kurus yang berjaya menurunkan berat badan masing-masing.

Tengah kami dok handle 1st batch NECK ni, dah ada yang tempah nak join 2nd batch yang bakal bermula pada 1 Mac nanti. Wow... memang ramai yang nak kurus & sihat dengan Formula MESTI yang kami amalkan kini.

Semoga Allah mempermudahkan kelancaran perjalanan program, memberkati usaha semua para peserta, memudahkan kami membantu menyelamatkan lebih ramai yang menghadapi masalah obesiti diluar sana. Aamiin.

Ingatlah, kalau anda fikir nak kurus tu mahal, sebenarnya anda dah belanja lebih mahal untuk jadi obes.

#SayaSediaMembantuAndaSihat
#NowEveryoneCanKurus #NECK
#supermom #ondiet 4kg2loss

Beberapa gambar kenangan semasa seminar.





=======================
Ok, itu throwback kisah 3 tahun lepas. Now abang dah ada program sendiri iaitu SIHAT WAJIB KURUS. Boleh online dalam group di telegram bersama peserta serata Malaysia, atau boleh offline & PT di gym.

Abang chaw dulu, nanti kita jumpa lagi. Bye. Salam Sihat Wajib Kurus,

019.798.2112 nombor untuk korang roger-roger. Atau klik link ni untuk Whatsapp.
Kalau korang nak share entri ni, silakan jangan malu-malu, abang okay jek...

Comments

Popular posts from this blog

PERSONAL TRAINER ONLINE OFFLINE DI PASIR GUDANG DAN SEKITAR JOHOR BAHRU

Assalamualaikum, Hi, Hari ini abang nak lancarkan blog abang sendiri.  Abang bagi nama COACH ABANG KETAQ. Nama ni abang pilih sebab belum ada lagi personal trainer lain yang guna nama ni. Yeahaa Nama ni juga adalah nama yang diberikan oleh geng-geng sebuah program kesihatan. Sebelum tu bagi abang perkenalkan siapa abang dulu. Nama sebenar abang Mohd Hanafi, orang juga kenali abang dengan pelbagai nama iaitu: "Botaq" ni orang kat gym yang panggil. Kalau korang datang gym 7days, cer cari botaq, mesti punya orang kenal abang. "Hann" member yang main bowling sama-sama dulu panggil. "Coach Abang Ketaq" atau "Coach" client aku panggil. Kalau isteri panggil, tak yah tulis kat sini lah yek, ok. Ok, korang dah kenal abang kan. Sekarang abang nak sembang tentang passion abang. Abang adalah sorang personal trainer untuk menguruskan berat badan client, tak kisah la dari gemuk bam-bam nak kurus selim melim ke,

EIRA TURUN 4.5KG SEBULAN - TESTIMONI SIHAT WAJIB KURUS

Assalamualaikum & apa kabar korang semua... Abang doakan korang semua sentiasa Sihat Wajib Kurus yek. Hari ni abang nak share testimoni anak-anak CAK, namanya Eira. Meh tengok perubahan Eira selepas sebulan kena lanyak kat gym & sambung workout sendiri di rumah nya. Ni abang nak share sikit rutin Eira di gym. Leg,chest,back day today Eyra Thesweetcentre 💪 💪 💪.. Everyday is a NEW day & CHALLENGING training day..Xde masa nya nak berselesa2. Next target waist 28 inch @ below.  Klik pada gambar di bawah untuk video. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Korang mesti pilih untuk jaga kesihatan kerana SIHAT ADALAH SANGAT BERHARGA. Kerana SIHAT WAJIB KURUS. Abang doakan korang semua enjoy dengan amalan gaya hidup sihat korang. Kalau korang nak abang guide, korang boleh pm Coach Abang Ketaq, personal trainer Pasir Gudang online & offline. Peserta online dari seluruh Malaysia yek abang guide. Okay, abang chaw dulu, nanti kita jumpa lag

JOM WORKOUT SEXY LEG DENGAN CARA YANG MUDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar korang semua hari ni? Semoga korang semua SIHAT WAJIB KURUS hari-hari okay. Hari ni abang nak share pasal training dengan anak buah baru. Halimah 1st time nak try train dengan Coach Abang Ketaq ni. Meh kita layan video ni. Ha, ni baru warm up jek. Full train untuk sexy leg seperti di bawah ni. Gunakan ni sebagai panduan untuk korang buat rutin ni di rumah. Boleh juga tengok video ni abang dah rakamkan bagi lagi senang. Sila klik pada gambar di atas. Ok sekarang korang boleh cuba di rumah masing-masing. Buat sampai jadi, buat setiap hari, Bermula dengan 30 minit saja, kemudian baru tambah ke 1 jam dah cukup.  Jika korang perlukan pemantauan secara exclusive bersama personal trainer yang berkelayakan atau coach bertauliah. Boleh cari Coach Abang Ketaq di 019-7982112.   Salam Sihat Wajib Kurus,   019.798.2112 nombor untuk korang roger-roger. Kalau korang nak share entri ni, silakan jangan malu-malu, ab